Thursday 5 July 2012

TerAsA DiRiKU kOsoNG



waktu yang berlalu
begitu mencengkam rasa
kerinduanku padanya
tak mampu ku rungkaikan dengan kata-kata
aku tidak mahu sendiri
dikala rindu mengetuk hatiku
kala malam berlabuh
hanya titisan hujan yang menemani
ku harapkan kau hadir
menemani malam-malamku
tiada bicara terindah yang mampu ku lafazkan
kecuali kerinduanku padamu
hatiku terasa kosong
tanpa dirimu disisiku
hidupku seperti kehilangan serinya
jika kau tiada disisi ketika ini
aku hanya mampu berdoa
kau merasai tiap getaran rinduku untukmu
ku rindukanmu sayang
terasa sepi duniaku harini
ku mencari-carimu
namun ku tahu
ku perlu biasakan diriku dengan keadaan ini..
mmm.. aku rindu.. rindu sangat padamu




p/s : saya teramat rindu pada awak...... <3

leave your comment peeps ! tQ

Sunday 3 June 2012

tEntANg CiNTa



Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat, kaku dan tidak bernyawa

Bagaikan otak kuterhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpa kau disisi

Rinduku bagai membungkam ragaku
membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun

Jiwaku sesak…dan kosong…

Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk kudengar dan masuk terus kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu

Andai Tuhan mnedengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja

Adakah kau rasa …terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta

p/s: sesungguhnya saya MENCINTAI awak NUR ZITA BINYI MOHD RAZAK... till the end.... <3

leave your comment peeps ! tQ

Saturday 2 June 2012

DiLEmA

aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku...

aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku...

aku belajar jadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi...

tetapi sesuatu yang aku tidak dapat pelajari yaitu :

                    "harus belajar tersenyum di saat orang yang
                    aku sayangi menyayangi orang lain..."

p/s: saje2 je tulis nie.. hehehe
leave your comment peeps ! tQ

Thursday 31 May 2012

fAkE BrEAk uP

aku menangis bukan sebab aku perlukanmu, bukan sebab aku mahu kau kembali padaku tetapi sebab aku sedar yang aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi..

aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar yang aku boleh hidup tanpamu. aku dapat menerima tragedi cinta kita. tapi kau tersenyum pada aku dan merosakkan segala-galanya dan aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi.

soal hati tiada undang-undang apatah lagi paksaan. tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta. cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi

orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.. dan orang yang putus cinta itu ialah AKU...........



dan ini semua hanyalah palsu. hanya FAKE BREAKUP!!!
p/s: salam sayang khas buat kamu NUR ZITA BINTI MOHD RAZAK....
leave your comment peeps ! tQ

TeNtANg AkU

salam... ni permulaan aku buat blog ni... sebenarnya aku tak tahu mcm mana nk buat blog ni... tp dengan bantuan seseorang tu terjadi nn terwujudlah blog nie... terima kasih ye awak sebab tlg buatkn blog ni untuk saya.. baiklah, nama aku biasa-biasa saja MOHD RIDZUAN BIN AHMAD ZANI (kata orang ni name yg sesuai dengan PLAYBOY) haha.. entahla ak poun tak tahu tapi aku bukan playboy ok.... haha.. umur aku 20 thun ni.. seorang yang pendiam.... takde ape-ape pon yang special ngn aku nie... n takde benda pon nak cerita kat sini.. tapi aku erita la sikit kan... penat dia buat blog ni untuk aku.. so update la sikit ka.. ok lah, sampai sini dulu aku tulis.. nanti aku update lagi.. salam...

p/s terima kasih sayang...

leave your comment peeps ! tQ